NOTA PELAJARAN, KOMIK HONG KONG, SKETSA & LAWAK POLITIK MALAYSIA, SUMENYE DI SINI
Sunday, January 24, 2010
Lucunye mereka yang bergelar pelajar (vol 1)
Friday, January 22, 2010
"Lawak" SPR 1
Tiap2 hari gua kan ikuti perkembangan politik Malaysia...Selalunye gua akan baca blog la...Nak baca psl politik kat paper ni, manyak auta drpd betul...Manyak nak sdapkan hati makcik/pakcik kat FELDA drpd org2 kat bandar...
Bagi gua, kite kene amik tau psl mende2 ni so that kite tak diperkayukan atau diperbatukan oleh orang2 yg berkuasa kat Putrajaya nun hatta kat SUK negeri sekalipon....Kalau depa sume ni TERBUKTI bersalah, balun je kaw2 tak kesah la drpd haluan mana...Kah kah kah
Sedang aku baca blog ni, gua tertarik pada komen yg tersiar dlm slh satu artikel dlmnye..
fadzliamir January 20th, 2010 15:45 edit :
Baru tadi semak dengan SPR, mengejutkan…!!!! sebab sebelum ni dah dua kali mengundi ( semenjak umur 21 ) iaitu di Parlimen Bruas dan DUN Pengkalan Baru…Tup,tup dah tukar ke Bukit Gantang( parlimen ) dan DUN Trong…???????? Ajaib sungguh…
Dah call SPR Perak, dan ajukan masalah diatas, nak tau apa dia cakap….( setelah dia semak dan menelefon kembali) Kesilapan teknikal yang mana kampung Padang Serai, Batu Hampar adalah bersempadanan antara Parlimen Beruas Dan Bukit Gantang, jadi dalam mengemaskinikan file diorang telah tanpa sengaja terpindahkan keseluruhan kampung ke Parlimen Bukit Gantang. Dan mengambil masa 3 bulan untuk memperbetulkannya semula…Adakah wajar untuk membuat laporan POLIS?????? Tolong bagi pendapat…
(blh rujuk artikel asal kat sini)
Komen gua:
Kah kah kah...TERpindahkan?? TER?? kah kah kah...dah kene sound blum petugas tu ngan bos dia?? ke bos dia pon wat tak tau je...
Tuk cover kesilapan yang TER itu, petugas SPR dlm komen ni berjanji nk fix problem ni...Tapi amik masa 3 bulan?? kah kah kah...adjust database pon amik mase 3 bulan??? kah kah kah...Kalau si polan ni keje kat kompeni gua keje dulu, dh kompem kene fired...Lembap nak mati wat keje...
Tlg la jgn diulangi sketsa2 "lawak" mcm ni...Tlg ubah pandangan certain2 org dlm masyarakat (mcm gua la) yg mane "govt servant ni (tapi tak sume ye, diulang sekali lagi, TAK SUME) kejenye dok goyang kaki, tapi bile wat keje sket, ade je salah sana sini..."
Thursday, January 21, 2010
Komik
YESSS!!! ade update drpd blog ni, ape lagi, muat turun la...kah kah kah
Actually, komik ni gua tak sempat nak kumpul dulu (mase tu umur gua 16 thun)...bile start kumpul, dh sampai episod 90, so mcm2 persoalan kat dlm cerebrum ngan cerebellum otak gua psl tak tau asal usul citer dlm komik ni....
Komik?? Certain people (em, most kot) anggap mende ni mcm bahan bacaan yg picisan...tak matured la kalau adult baca buku ni, tak dpt ape2 manfaat la, lagha la...Bagi gua yg dah tahap mania ni, ape org kate, gua tak amik pot sgt...Gua ade reason gua sendiri
Kumpul dan baca komik ni hobi gua...Gua start bace mase umur gua 9 thun...Komik 1st yg gua bace, Alam Perwira no 13. (Kah kah kah, ingat tue...)
Bile berckp psl hobi, kite sanggup spend mase, tenaga dan especially money (ade ke hobi yg tak pakai duit??) to get satisfaction from it...Satisfy bile kite ade full episod tu komik yg kite kumpul...Satisfy bile kite tau jln citer dlm komik tu dr A sampai Z
For me, one of the ways to release tension is read comic...Bile tgh blurr/stress ngan keje, amik satu, and then baca...Kasi cool down sket aktiviti2 kat dlm otak tu...Dah ok sket, baru smbung balik wat keje...
Sampai bile gua nak berhenti baca komik?? The answer is gua pon tak tau...Yg gua rancang dan pasti, masih ade lagi 4 komik baru yg gua kene collect sebelum guabersara drpd dunia komik ni...Cukup la ngan timbunan komik yg berada dlm almari2/ kotak2 TV yg ade skang ni (jenuh gak nak kemas...kah kah kah)
Saturday, January 16, 2010
Rekod 30,000 apam gubah logo 1Malaysia | ||
|
Malaysia Book of Records (MBOR) hari ini mengiktiraf usaha pelajar Kolej PTPL di Shah Alam yang mencipta logo 1Malaysia dengan menggunakan 30,000 biji kuih apam yang dimasak sendiri oleh mereka.
Pengiktirafan berdasarkan penggunaan logo dari kuih.
Usaha yang bermula dari semalam itu disertai oleh 200 pelajar jurusan Hospitaliti serta Seni Kulinari yang membabitkan kos RM15,000 yang dikeluarkan pihak pengurusan kolej dalam usaha menyemai semangat kerjasama di kalangan pelajar.
Presiden Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) dan Kumpulan Kolej PTPL, Datuk Prof Mohd Shukri Ab Yajid berkata proses menyusun kuih apam berkenaan di atas sebuah meja di kawasan padang kolej itu dimulakan seawal pukul 8 pagi tadi.
Beliau berkata logo 1Malaysia itu disusun menggunakan kuih apam yang sebahagiannya dibalut dengan kertas berwarna biru, putih dan merah.
"Saya bangga kerana usaha yang dilakukan para pelajar ini dapat membantu mereka menjadi generasi masa depan yang kreatif dan kompetitif," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pelajar kolej itu selesai menyusun logo 1Malaysia di Shah Alam hari ini.
Mohd Shukri berkata pelajar kolej itu mengambil masa empat jam untuk menyiapkan logo berkenaan dan diiktiraf oleh MBOR kira-kira pukul 2.30 petang tadi.
Usaha pelajar kolej berkenaan turut disaksikan oleh wakil dari MBOR iaitu penolong penerbitnya Azrene Manap.
- Bernama
KAH KAH KAH...mentang mentanglah Bik Momma tembam macam apam...
p/s: Kredit tuk Ronasina (ciplak artikel ni 100% drpd blog dia, ade la edit2 sket)
Friday, January 15, 2010
I'm so proud on both of you.....Congrats
Post kali ni dikira agak lewat gak atau lewat sgt, tapi takpe...Just nak amik kesempatan kat sini tuk ucapkan congrtas to 2 of my students yg amik PMR last year (2009)...
Tak sia2 den ajar korang math (tuition), and both get A for this subject, Alhamdulillah...Den cuma tumpang hepi for their success...Bangga gak la...
Congrats again for Ahmad Nabil for his 9A's result
and Amir Luqman Hakim for his 7A's result
So, any parent yg nak wat 1 to 1 tuition tuk anak2 for Science,Math and Pure Science's subject for PMR and SPM level, don't hesitate to call, sms and e-mail me and ask me...(klik sini)
Generasi sekarang.....Ish ish ish
Tarikh: 12/10/2009
Waktu: 10 - 11 pagi
Sedang aku sibuk mencurahkan ilmu Fizik, student A mengangkat tgn tuk bertanya
Student A: "Sir, sorry for interrupt,I wonder how we can know what we are going to do during our first night with our wife?"
Aku: "Meaning??"
Student A: "You know la sir, you already married ma"
Aku: "There's a lot of things, maybe you can specify"
Student B interrupt, "$%^&*@"
Suana kelas dah berubah, ade yg senyum2 nakal, segelintir yg menggeleng-geleng (mungkin ase nye mende ni mcm tak patut nak di ceritakan), ade yg dah gelak berdekah-dekah. So, most of them memang suka la kot bab2 mcm ni
Aku: "Hoi...ape la suruh saya citer mende2 mcm ni"
Aku: (Terdiam seketika, dan memikirkan adakah aku salah masuk kelas, adakah ni kelas Biologi??). Nak layan ke idak gelagat diorang ni??
10 saat kemudian
Aku: "Oh, u can buy a book and read about it. Its title (P****** Y*** H*****). Very good one"
Student B interrupt
Student B: "Is it available in English?"
Aku: "Not sure, but try la find at any bookstore; MPH, Kinokuniya or what ever, maybe u can find one in English. But why you wanna know about that. All of you still young. Oh, sudah gatal ka mau k****n??"
Aku: " Oh guys, come on, focus and finish your study, 1st,and then have a good job, saving your money like a mountain, and then find an ideal life partner, last, get married. By the time, when u a re going to marry, find la the book that I've mentioned before"
Student A: "Just for a knowledge, Sir."
Aku: " That's true. But, don't practise it ya especially for those at the back (sambil tunjuk kat group bebdk Melayu Islam). Korang sume kene nikah dulu, kasi halal, kene ade "cop halal" drpd Tok Kadi"
Sume bebdk Melayu Islam kat blkang bantai gelak
Generasi sekarang...Mcm2 dlm kotak pemikiran mereka...But, it is normal la...When they reach their puberty (akil baligh), so, mende2 mcm ni akan jadi persoalan bagi diorg...Cume jgn terlebih2 sampai wat mende2 yg tak patut2 dah la....
Thursday, January 7, 2010
Layannn.... #1
Ape pon, ni la antara lagu2 yg skang ni dok layan bile tgh otak b'serabut w'pon lagu ni dah lama dah kuar (thun lps kot)...Takpe la, janji eardrums, Eustachian tube gua kate ok, layannn....
Slamat berhibur sume....Janji ROCK..
Title : New Divide
Song by: Linkin Park
Chapter 1 Form 5 Science Note
Khas tuk murid2 tingkatan 5 aliran perakaunan & perdagangan serta akan mengambil SPM tahun ni (2010), diharapkan short note ni dpt membantu dlm proses mentela'ah kalian
Klik link ini, and then download ye
Sebarang pertanyaan ttg how to download atau pape berkaitan ngan chapter ni, jgn malu jgn segan, saya kawan bknnye lawan.....
Sipnosis tuk chapter ni:
Only concepts, no mathematical formula
- classification of organism (bacteria,virus,fungi,protozoa,algae)
- factors which affect to the growth of microorganism (nutrients,light,humidity,temperature)
- useful organisms (in decay,medicine,agriculture,industry)
- harmful effects of organism (disease,vector)
- prevention of disease caused by microorganism (immunization,vaccination)
Tuesday, January 5, 2010
Chapter 1 Form 5 Physics Note
Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd sume pembaca
Klik link ini, and then download ye
Sebarang pertanyaan, sila kemukakan ye...Jgn malu, jgn segan...Malu bertanya, tak dapat ape2
Sipnosis tuk chapter ni:
A lot of concepts
- introduction of wave (definition, example, wavefront)
- type of wave (longitudinal/transverse)
- resonance (definition, example)
- damping of wave (definition, example)
- wave's phenomena (reflection, refraction, diffraction and interference)
- sound wave (intro, how it produced, phenomena related to it)
- electromagnetic wave (background,source of wave,usage)
- v = f *λ
- d = v * 0.5 * t
- f = 1 / T
-
λ = (a * x) / D
Sunday, January 3, 2010
Harga gula naik!!! Kah kah kah
Asenye tgk je title post kali ni, sume org dh leh agak le ape aku nak tulis...Ya, 2 hari lepas (tanggal 1 Jan 2010), gula yg kite dok guna hari2 tuk wat air teh O, masak sambal tumis (certain2 org ye) dll dah dinaikkan harganye drpd RM 1.45 kpd RM 1.65
Persoalannye, subsidi tuk gula tak cukup ke atau dikurangkan?? Mengikut ape yg aku faham, byk juge ye jumlah subsidi tu, cube baca tulisan dibwh (dipetik drpd laman web ini)
Gula bersubsidi sebenarnya, kata beliau, untuk keperluan pengguna biasa, bukannya peniaga termasuk peniaga kecil-kecilan seperti penjual kuih dan industri kecil dan sederhana (IKS).
Kerajaan, katanya, perlu membayar kepada pengeluar gula bagi membekalkan gula bersubsidi ini di pasaran.
Beliau berkata dalam bajet mini yang dibentang di Parlimen pada 10 Mac 2009, kerajaan memperuntuk sebanyak RM674 juta sebagai subsidi untuk bahan makanan harian seperti gula, roti dan tepung gandum.
Kalau btul lah dikurangkan tuk menambah duit poket kerajaan, harap2 ia digunakan tuk tujuan2 yg menguntungkan kite balik la ye, bukan tuk taja mende2 yg tak pekdah bagi aku (cth: F1 Malaysia, Monsson Cup dan bla bla bla) dan jgn duk masuk ke kantung poket mereka2 yg tertentu je...(Gua sangka baik ni)
Alasan yg dibuat oleh pihak yg menaikkan harga ni ialah tuk nak jaga kesihatan org ramai, konsepnye: org ramai kurang membeli gula psl harga mahal, pengambilan gula,dlm makanan pon kan berkurang, kandungan gula dlm darah tak terlampau byk sgt, risiko diabetis melitus pon kurang...
Tapi gua pon heran jugak kan, dulu pon ade berlaku gak kenaikan harga gula, alasan yg sama gak lah diguna pakai oleh "kerajaan cerdik" kite ni, tapi gua heran gak, ramai juge pesakit kencing manis kat Malaysia ni, malah dijangka bertambah... Kalau korang tak bercaya, sila baca tulisan di bawah (dipetik drpd laman web ini, mintak halal ye)
Menurut laporan Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) pada tahun 2007, hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi kencing manis. Bagi statistik untuk tahun 2008, jumlah ini meningkat sebanyak 650,000 orang dan angka ini dijangka terus bertambah bagi tahun 2009.
Heran jugak gua, jom kite tgk plak samada statistik ni bertambah ke berkurang lps kenaikan harga gula baru2 ni....
Bagi aku la kan, kesihatan jasmaniah ni memang la ALLAH S.W.T yg bagi dan pengambilan diet oleh individu tu sendiri sket sebyk mempengaruhi juge...Sendiri mau ingat la beb kalau nak maintain sihat wal-afiat...
Sentiase alert ngan keadaan fisiologi badan sendiri...Sendiri mau kire bape byk sugar yg leh amik per day...So, perlukah guna alasan dr aspek kesihatan tu lagi tuk menaikkan harga gula...Relevan kah lagi?? Atau ade agenda2 tertentu yg melibatkan org2 tertentu??
Oh ye, sat lagi atau tak lama lagi, ade la brite2 yang sebegini akan kuar kat mane2 surat kabar utama:
1. Suh kite berjimat cermat plak/ubah gaya idup... (yg ni wajibul ghunnah)
2. Org2 tertentu sorok gula
3. Org2 tertentu seludup gula ke luar negara (i.e: Thailnd, Indon & bla bla bla)
4. Org2 tertentu kene saman/denda psl sorok gula oleh our "super duper" authority (kunun nk bgtau kat public la yg depa ni wat keje)
Kesan drpd brite no 2-4 tu nnt, org ramai yg marah psl harga naik ni cool down balik, pastu 2-3 bulan pastu lupa balik
"Skrip" mcm ni gua dah tau sgt dah...Tak percaya?? Gua kasi isu minyak petrol RON 95 cukup. Ade sesape lagi yg bising2, melolong -lolongtak tentu hala psl isu ni lagi?? Senyap sepi beb
Kah kah kah...Ni la lawaknye Malaysia...Situasi mcm ni tak berkesudahan...Always moving around infinite loop...Sigh..