Saturday, March 27, 2010

Ragam Manusia 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera kp sume pembace

Post gua kali ni berkaitan salah satu drpd punca2 PENCERAIAN suami isteri di MALAYSIA iaitu SUAMI ISTERI TIDAK PANDAI MENJAGA PENAMPILAN DIRI

Penampilan suami yg kemas, kacak, macho, lemak berkrim amat PENTING di kaca mata isteri. Begitu juga, penampilan isteri yg ayu, jelita, cun melecun amat DIHARGAI oleh si suami; sebagai contoh: bila si suami pulang drpd bekerja (sila rujuk gambar di bwh, mesti korang yg bergelar suami GUMBIRA kan klu isteri korang ayu begini setiap mase, yeah...)



Namun, bila pasangan mula mengambil ENTENG dan MUDAH akan perkara tersebut, NAH, maka secara tidak langsung mengundang KERESAHAN di hati pasangan masing2...Tragiknye, kan berakhir dengan penceraian..Nauzubillah

Tuk ulasan lebih lanjut gua copy and paste salah satu drpd artikel kat Utusan Malaysia online bertarikh 24 hb Mac 2010. (Mohon izin drpd penulis arikel tersebut ROSMAH DIN tuk diletakkan dlm blog gua). Klik link ini tuk bacaan lebih lanjut

Usah jadikan gemuk, badan berbau alasan bercerai

BENARKAH tubuh badan yang gemuk, berbau busuk serta tidak pandai menjaga keterampilan diri khususnya ketika hendak melakukan hubungan seks dikatakan antara faktor penyebab berlakunya perceraian di negara ini?

Biarpun isu ini bukan satu perkara yang mengejutkan, pendedahan yang dilakukan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah, baru-baru ini, berdasarkan satu kajian secara rambang yang dilakukan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) perlu diberi perhatian.

Murugiah berkata, faktor tersebut merupakan perkara utama mengapa pasangan suami isteri bercerai selain daripada masalah kewangan dan sikap pasangan masing-masing.

Katanya, masalah itu bukan sahaja tertumpu kepada wanita, tetapi juga kepada lelaki yang dilihat tidak menjaga diri seperti berperut buncit, tidak memberus gigi, mulut berbau busuk serta pelbagai lagi kekurangan fizikal yang menyebabkan isteri tidak tahan atau tidak dapat menerimanya.

Tambahnya lagi, di negara ini peratus perceraian mencecah 22 peratus sejak beberapa tahun lalu dan dijangka terus meningkat dan antara penyumbang kepada kes-kes tersebut adalah masalah hubungan di antara suami isteri yang tidak dapat diselesaikan.

Lantas apabila ditimbulkan persoalan ini kepada Pensyarah Jabatan Undang-Undang Islam, Fakulti Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Madya Datin Paizah Ismail, beliau menegaskan, usah jadikan faktor busuk dan gemuk itu sebagai satu dasar yang 'kukuh' untuk melafazkan perceraian.

Baginya, masalah seperti badan berbau dan fizikal itu masih boleh diselesaikan dan ia bukanlah satu alasan yang boleh menjurus penyebab perceraian.

''Di zaman yang serba moden ini, banyak produk atau bahan-bahan yang boleh menjadi pemangkin ke arah penampilan diri yang menarik.

''Sebagai contoh, penggunaan alat solek, minyak wangi, mandian spa dan sebagainya adalah salah satu kaedah yang boleh membantu mereka yang bermasalah badan berbau,'' katanya berseloroh.

Jelasnya lagi, Islam sendiri menitik beratkan aspek kebersihan, oleh itu individu terbabit perlu sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas agar terhindar daripada sebarang masalah kesihatan.

2 comments:

  1. faktor kewangan pun kena di ambil kira bro. semalam aku baca paper, dia pun cakap suami isteri ni boleh bercerai bila mana status kewangan tak stabil...

    ~minta di jauhkan~

    ReplyDelete